Quantcast
Channel: Cahaya Hayati
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1170

Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong

$
0
0

Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong. Assalamualaikum wbt & hi korang! Masa on the way balik ke Kulim dari Lenggong, kami singgah makan tengahari di Route A76 Lenggong. Depan masjid Sumpitan saja. Tempat makan yang sedap dan famous di Lenggong kerana ia menyajikan pelbagai menu berasaskan daging rusa. Menu lain pun ada juga...


Route A76 Lenggong


Route A76 Lenggong merupakan pitstops geng motor. Tak kira motor kecil atau motor besar... Semua pakat singgah di sini. Geng moto suka ke Lenggong sebab jalan untuk ke Lenggong dari Kulim tak banyak kenderaan dan berbukit. So, geng motor boleh la layan corner sampai ke Tasik Raban. 

Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Route A76 Lenggong atau lebih dikenali sebagai Pitstop A76 Lenggong


Di Route A76 Lenggong ni ada menu rare iaitu cendol sagu nipah. First time CH rasa... Sedap!. Cendol tu bukan cendol yang di buat menggunakan tepung dan berwarna hijau tu tapi ini cendol yang dibuat dari sagu nipah. Kalau korang perasan dalam gambar cendol di bawah ada biji berwarna putih macam buah nau tuuu adalah sagu nipah. Bila makan rasa lain dari cendol yang biasa... Korang patut cuba cendol sagu nipah bila sampai kat kedai ni...


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Cendol Sagu Nipah

CH order kat CH tapi budak kecik ni yang habiskan... Sedap katanya. 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,


Untuk makan tengahari kami order Daging Rusa Masak Kicap. RM25 sepinggan tu... Tu gambar selepas dah ambik 2, 3 sudu. CH teruja nak makan sampai lupa ambik gambar. Dah makan baru ingta nak ambil gambar. Hihi... Portion sepinggan ni boleh makan 2-4 orang. 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Daging Rusa Masak Kicap... 


Rasa? Ofkos la sedap sangat. Sangat sesuai dengan korang yang suka makan menu rare..

Tapi..... CH rasa pekasam ikan loma lagi sedap. Kihkih...

Tengah CH dok sedap makan daging rusa masak kicap, tauke kedai mai hantar pekasam ikan loma seekor. Dia suruh rasa... Ya Allah sedapnya. 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Pekasam ikan loma


Disebabkan pekasam ikan loma sedap sangat, terus CH beli 2 bungkus bawa balik... Pandai tauke kedai ni buat marketing. 


Bila dah balik, menyesal pula beli 2 bungkus saja.. Ramai rupanya peminat pekasam ikan loma... tapi tak per sebab nanti suami CH pergi ride ke sana, CH bolehlah pesan suruh beli bawa balik... 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Pekasam ikan Loma RM6 sebungkus...


MIL, Anak-anak dan  adik-adik CH pula mencuba Nasi Goreng Daging Rusa. Menu ni pun sedap dan daging rusa banyak. Sangat berbaloi dengan harga RM10 sepinggan... 

Dalam gambar nampak saja macam daging tak banyak sebab tersembunyi di sebalik nasi... 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Nasi Goreng Daging Rusa 


Ada budak nak jadi model Nasi Goreng Daging Rusa RM10. Ada gaya tak?


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,


Kedai biasa tepi jalan saja tapi menu dia memang 5 bintang.... Kalau tak sedap memang CH tak puji... 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Kami dah sampai ke Pitstop A76...


Habis makan, tetiba tengok seorang pelanggan ni masuk dengan bertopi dan ber facemask. Tengok gaya macam kenai... Tengok lagi bila dia buka facemask. Pak Samad 7 Hari Mencintaimu rupanya. Rezeki jumpa dia di kedai ni... Dapatlah bergambar dengan Pak Samad. 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Bersama Pak Samad 7 Hari Mencintaimu...


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,

So, kalau korang ke Lenggong, jangan lupa singgah di Route A76 Sumpitan Lenggong ni. Sangat-sangat recommended. 


Makan Daging Rusa di Route A76 Sumpitan Lenggong, Route A76 Lenggong, Pitstop A76 Lenggong, daging rusa lenggong, kedai makan daging rusa sedap,
Waktu operasi Pitstop Route A76


Kalau takut kedai ni tak buka, korang telefon la dulu... 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1170

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear